RSS

Monthly Archives: February 2014

SECAWAN AIR WUDUK

tumblr_static_assalamualaikum

Alhamdulillah.. Dapat lagi saya berkongsi sedikit ilmu di ruangan ini. Lama jugak tak masuk laman usrah ni. Hehe. Tapi tu takdelah maksudnya kosong je langsung, tanpa sebarang pengisian. Al-maklum la, assignment la, cuti la, program la, ceq busy la skit. 🙂 Okay, tanpa ada selindung-selindung lagi, ramai dah tau (siap masuk tv) Selangor kurang air. So, berlakulah CATUAN AIR di mana kolej yang saya tinggal ni, dah seminggu takda air…… 😦 [mood sedih]. Kemudiannya, keluar plak kenyataan ———>

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1016943

Maka, bertambah sedih dan gulana lah hati saya ini. serta rakan2 lain yg xda air jugak

Al-kisahnya, BARU seminggu takda air, terasa susahnyaaaa nak menjalani kehidupan seharian. Dengan nak pegi kelas lagi, nak mandi kena pegi cari air, nak basuh baju, nak minum, makan DAN yang PALING PENTING, SOLAT. Susah. Ada yang bangun pukul 5.30am semata2 pegi cari air, merantau ke kolej2 orang, fakulti, dewan kuliah dan sebagainya. Ce korang pejam mata, bayangkan kejap camna life korang tanpa air untuk sehari… Ce bayang, ce bayang. 😛

Sebagai seorang ISLAM, SOLAT ITU WAJIB. Even non muslim pun tau benda ni. Semu orang tau! Air ada ke takda, SOLAT tetap kena SOLAT. Ada seorang rakan non muslim saya tanya;

Kawan : “Ekin, macam mana u sembahyang, air takda?”

Saya : “I solat macam biasalah”

Kawan : “Camna u ambil air sembahyang?”

Saya : “Menggunakan secawan air”

Kawan : “Boleh ke?”

Kawan2, anggota WAJIB WUDUK hanya ada 4 sahaja (yang telah disepakati para ulama’) iaitu:

1. MUKA

Sebelum basuh muka tu, pastikan tangan korang BERSIH. Basuh la skit tangan tu. Batasan muka yang kena dibasahkan tu ialah dari anak rambut kat dahi sampai dagu serta dari telinga kiri ke telinga kanan. Tu adalah kawasan muka yang perlu kena air wuduk.

Caranya : Tuangkan sedikit air ke tapak tangan (cukup sekadar membasahkannya), kemudian sapu keseluruhan muka dengan air.

Paras_Wajah-300x300

2. TANGAN SAMPAI SIKU

Tangan ‘sampai’ siku tu maksudnya siku tu pun PERLU dibasahkan jugak hokayy. Takleh la sekerat jalan je. And, macam biasalah, start dengan tangan kanan dulu.

Cara : Basahkan tangan kiri, then letakkan TAPAK TANGAN KIRI yang basah tu DIBAWAH TAPAK TANGAN KANAN dan terus sapu sampai ke siku, (dah sampai siku) pusing kebahagian atas lengan dan sapu hingga ke permukaan tapak tangan kanan tu balik. Yang untuk tangan kiri plak, basahkan tangan kanan, letakkan TAPAK TANGAN KANAN yang basah DIBAWAH TAPAK TANGAN KIRI dan buat macam step tadi.

PASTIKAN celah-celah jari diliputi air dan TAPAK TANGAN yang menyapu tu TAK TERANGKAT dari mana-mana bahagian tangan yang disapu. Maksudnya, masa korang start letak tapak tangan kiri dibawah tapak tangan tu, bawak ke siku, then pusing naik atas and bawak ke tapak tangan kanan tu balik, jangan angkat langsung tapak tangan kiri tu. Sapu je. Lepas settle tu, baru korang bleh angkat untuk nak basahkan tangan kanan plak untuk diletakkan dibawah tapak tangan kiri dan seterusnya. Korang faham x? Kang saya syok sendiri duk bercerita panjang2 

siku

3. DAHI

Dahi ni maksudnya ubun2 lah. Ada setengah panggil anak rambut. Ada yangg panggil kepala. Haa, yang tu lahh..

Cara : Macam biasa yang korang duk buat tu lah.

4. KAKI

Lebih kurang sama je cara macam tangan tadi. Start dengan kaki kanan dulu ok. Dan MAKE SURE sampai buku lali.

Haa.. Tu jelah. Islam ni agama yang mudah. Praktikal di mana2 dan dalam apa jua keadaan. Yang selalu kita basuh 3 kali tu sunat. Yang wajibnya, SEKALI je. So, dah keadaan cenggini, jimat2 la air, basuh sekali cukup. Lebih daripada cukup pun sebenarnya if guna 1 cawan untuk amek wuduk. Betullll…. Try lah, tak caye. 😀

Itulah cara saya berwuduk dalam keadaan darurat camni. Haa, tapi make sure simpanan air korang ada lah sikit2 tu untuk berwuduk. Simpan dalam botol air mineral yang kecik tu pun boleh. Cukup je.. Saya ni pun bukanlah alim sangat or baik sangat, biasa2 jer. Tapi solat tu wajib, tiang agama. Jangan sebab air kena catu, tak solat langsung. Kelak kita disoal dalam kubur atau padang Mahsyar pasal kenapa tak solat, takkan nak jawab sebab air kena catu kot..

Post ni reminder kepada diri saya sendiri jugak. Sekian. 🙂

air

 
Leave a comment

Posted by on February 24, 2014 in Usrah