RSS

Category Archives: Usrah

SECAWAN AIR WUDUK

tumblr_static_assalamualaikum

Alhamdulillah.. Dapat lagi saya berkongsi sedikit ilmu di ruangan ini. Lama jugak tak masuk laman usrah ni. Hehe. Tapi tu takdelah maksudnya kosong je langsung, tanpa sebarang pengisian. Al-maklum la, assignment la, cuti la, program la, ceq busy la skit. 🙂 Okay, tanpa ada selindung-selindung lagi, ramai dah tau (siap masuk tv) Selangor kurang air. So, berlakulah CATUAN AIR di mana kolej yang saya tinggal ni, dah seminggu takda air…… 😦 [mood sedih]. Kemudiannya, keluar plak kenyataan ———>

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1016943

Maka, bertambah sedih dan gulana lah hati saya ini. serta rakan2 lain yg xda air jugak

Al-kisahnya, BARU seminggu takda air, terasa susahnyaaaa nak menjalani kehidupan seharian. Dengan nak pegi kelas lagi, nak mandi kena pegi cari air, nak basuh baju, nak minum, makan DAN yang PALING PENTING, SOLAT. Susah. Ada yang bangun pukul 5.30am semata2 pegi cari air, merantau ke kolej2 orang, fakulti, dewan kuliah dan sebagainya. Ce korang pejam mata, bayangkan kejap camna life korang tanpa air untuk sehari… Ce bayang, ce bayang. 😛

Sebagai seorang ISLAM, SOLAT ITU WAJIB. Even non muslim pun tau benda ni. Semu orang tau! Air ada ke takda, SOLAT tetap kena SOLAT. Ada seorang rakan non muslim saya tanya;

Kawan : “Ekin, macam mana u sembahyang, air takda?”

Saya : “I solat macam biasalah”

Kawan : “Camna u ambil air sembahyang?”

Saya : “Menggunakan secawan air”

Kawan : “Boleh ke?”

Kawan2, anggota WAJIB WUDUK hanya ada 4 sahaja (yang telah disepakati para ulama’) iaitu:

1. MUKA

Sebelum basuh muka tu, pastikan tangan korang BERSIH. Basuh la skit tangan tu. Batasan muka yang kena dibasahkan tu ialah dari anak rambut kat dahi sampai dagu serta dari telinga kiri ke telinga kanan. Tu adalah kawasan muka yang perlu kena air wuduk.

Caranya : Tuangkan sedikit air ke tapak tangan (cukup sekadar membasahkannya), kemudian sapu keseluruhan muka dengan air.

Paras_Wajah-300x300

2. TANGAN SAMPAI SIKU

Tangan ‘sampai’ siku tu maksudnya siku tu pun PERLU dibasahkan jugak hokayy. Takleh la sekerat jalan je. And, macam biasalah, start dengan tangan kanan dulu.

Cara : Basahkan tangan kiri, then letakkan TAPAK TANGAN KIRI yang basah tu DIBAWAH TAPAK TANGAN KANAN dan terus sapu sampai ke siku, (dah sampai siku) pusing kebahagian atas lengan dan sapu hingga ke permukaan tapak tangan kanan tu balik. Yang untuk tangan kiri plak, basahkan tangan kanan, letakkan TAPAK TANGAN KANAN yang basah DIBAWAH TAPAK TANGAN KIRI dan buat macam step tadi.

PASTIKAN celah-celah jari diliputi air dan TAPAK TANGAN yang menyapu tu TAK TERANGKAT dari mana-mana bahagian tangan yang disapu. Maksudnya, masa korang start letak tapak tangan kiri dibawah tapak tangan tu, bawak ke siku, then pusing naik atas and bawak ke tapak tangan kanan tu balik, jangan angkat langsung tapak tangan kiri tu. Sapu je. Lepas settle tu, baru korang bleh angkat untuk nak basahkan tangan kanan plak untuk diletakkan dibawah tapak tangan kiri dan seterusnya. Korang faham x? Kang saya syok sendiri duk bercerita panjang2 

siku

3. DAHI

Dahi ni maksudnya ubun2 lah. Ada setengah panggil anak rambut. Ada yangg panggil kepala. Haa, yang tu lahh..

Cara : Macam biasa yang korang duk buat tu lah.

4. KAKI

Lebih kurang sama je cara macam tangan tadi. Start dengan kaki kanan dulu ok. Dan MAKE SURE sampai buku lali.

Haa.. Tu jelah. Islam ni agama yang mudah. Praktikal di mana2 dan dalam apa jua keadaan. Yang selalu kita basuh 3 kali tu sunat. Yang wajibnya, SEKALI je. So, dah keadaan cenggini, jimat2 la air, basuh sekali cukup. Lebih daripada cukup pun sebenarnya if guna 1 cawan untuk amek wuduk. Betullll…. Try lah, tak caye. 😀

Itulah cara saya berwuduk dalam keadaan darurat camni. Haa, tapi make sure simpanan air korang ada lah sikit2 tu untuk berwuduk. Simpan dalam botol air mineral yang kecik tu pun boleh. Cukup je.. Saya ni pun bukanlah alim sangat or baik sangat, biasa2 jer. Tapi solat tu wajib, tiang agama. Jangan sebab air kena catu, tak solat langsung. Kelak kita disoal dalam kubur atau padang Mahsyar pasal kenapa tak solat, takkan nak jawab sebab air kena catu kot..

Post ni reminder kepada diri saya sendiri jugak. Sekian. 🙂

air

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on February 24, 2014 in Usrah

 

NIKMATNYA BERADA DALAM AGAMA ALLAH 2

Assalamualaikum_by_MUSA_KUUMA

HAI! Jumpa lagi! Apa khabar semua..? Sihat..? Alhamdulillah… Eh.. Tapi if sakit pun takpe. Sakit tu kan penghapus dosa-dosa kita. Meh nak share something..

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

Sumber : http://bamna.blogspot.com/2012/03/sabar-sakit-itu-penghapus-dosa.html

sick_done

Saya pun tak sihat sangat. Migrain. Sampai tarik urat2 mata. Masa tu Allah je yang tau. Punyalah doa taknak buta. Huhu. Tapi Alhamdulillah, dah ok. Migrain pun dah kurang. TERIMA KASIH PUSAT KESIHATAN UKM. TERIMA KASIH YA ALLAH. 🙂

Ok. Move on! Usrah minggu ni sebenarnya banyak sangat cabarannya. *Errr.. Banyak la jugak* Usrah kami ialah setiap malam Selasa. Rabu tu plak saya ada satu presentation. Khamis got 2 more presentations. Jumaat ada micro-teaching (al-maklum la, tecer kena la ngajo). Hurmm.. Dalam hati dah terdetik, –> tak payah pergi la, siapkan je slides utk presentation esok. Dah la markah kumpulan even sorang je kena present <–. EH. Ishk, seminggu sekali pun ada fikiran camtu kan. Padahal ke arah benda baik. Haishhh, akhirnya saya kuatkan semangat & niat lillah hi Ta’ala. Alhamdulilah, pergi jugak bersama jiran terchenta (YASMIN KHAIRANI). Hehe. Hamboihh, panjang plak mukadimah kann, padahal belum masuk intro usrah lagi ni. 😀

minkot

..jiran terchenta..

Haa, harini Ustaz Mat kembali bersama kami, berkongsi ilmu. Kami masih di dalam tajuk ‘Nikmatnya berada dalam agama Allah’. Ustaz membuka perbincangan malam ini dengan bertanya kami tentang ‘BARBARIAN’. Err, pernah la dengar, tapi terlupa apa itu ‘barbarian‘. Ouhhh, orang gasar. Kann2..? Barbarian tu orang gasar kan..? Thank you Bro Asri sebab gitau. Hehe. Then Ustaz pun cakap, “Dulu saya pun ingat mcm tu. Rupa2nya lepas baca satu buku ni, dia bagitau barbarian tu maksudnya bengong“. GULP! Err.. Ok. Bengong. Baru saya tauuu..

Oleh sebab taknak memanjangkan cerita, Ustaz pun menyambung kembali perbincangan kami berkenaan ‘Saya Mesti Menguasai Diri’. Antara sebab-sebab kita perlu menguasai diri ialah :

Menunjukkan kemenangan kita kerana mampu menguasai nafsu

Mengikut kata Ustaz, Ustaz Rashidy Jamil menyatakan bahawa fiqh tanpa tasawwuf adalah sesat manakala tasawwuf tanpa fiqh pula adalah tempang/menyimpang/zindiq. Ini juga ada dinyatakan oleh Imam Maliki (Malik bin Anas – Ulama besar mazhab Maliki) yang juga murid  Imam Jafar as Shadiq ra. Haaa… Kagum tak..? Macam terer je kan. Terima kasih kepada http://sufimuda.net/2008/05/16/kesaksian-para-ulama-fiqih-tentang-tasawuf/. Hehe. Haaa… Tasawwuf tu apa pulak kan..? Fiqh plak apa maksudnya..? OK. Kita share eh.

Tasawwuf : Tasawuf ialah mensucikan hati daripada tertambat dengan makhluk, meninggalkan perangai tabi’e yang buruk, memadamkan sifar-sifat kemanusiaan (yang buruk), menjauhi dorongan nafsu, bersifat dengan sifat kerohanian, berpegang dengan hakikat segala perkataan, mengutamakan ALlah pada setiap masa, menasihati seluruh umat, menyempurnakan janji kepada ALlah dan mengikut syar’iat RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam.

Fiqh : Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; “Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yang bersifat ‘amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci”.

Daripada satu blog yang saya baca, penulis tu menyatakan;

Ahli Tasawuf berkata : “Lebih baik orang yang zina tapi taubat, dari pada orang sembahyang yang melamun tapi merasa bangga”.

Disisi lain seorang ahli fiqh berkata: “Lebih baik orang yang sembayang melamun daripada orang yang zina”.

Jadi, anda nampak tak kepentingan keselarian kedua-dua ilmu tu..? Dalam perkataan yang lebih ringkas, maksudnya dua2 pun penting. Tak boleh la pilih salah satu je. Tak berapa nk balance. If kita ada dua2 ilmu tu, baru lah boleh kita menguasai nafsu kita ni. Haaa.. Susah tau nk kawal nafsu. Then Ustaz tanya “Antara nafsu & akal, yg mana satu ketua? Maksudnya yg mana datang dulu kat kita?”. ADOI. Tak pernah terfikir plak sebelum ni. Korang faham tak..? Contohnya : ‘Lapar lah. Japgi nak beli Pizza lah. Dah lama teringin. Ha, nasi kandar pun nak jgak. Lama tak makan. Waahhhh… Kecur air liur’. – Ha, tu akal yg utarakan idea nk makan Pizza & nasi kandar ke OR nafsu je yg suruh. Tak pernah terfikir plak. Sebab sebelum ni saya fikir yg mana yg baik tu semua dari akal, dan yg mana yg buruk tu semua dari nafsu. Entah la. Ustaz biar je kami terkulat-kulat fikir. Saya pun nampaknya sedang melakukan perkara yg sama kepada anda. Haha. Ce fikir. Saya pun tak pasti. 🙂 Dengan slumbernya Ustaz meneruskan lagi dan menyatakan bahawa kita semua lahir dalam keadaan yang merdeka, tak jadi hamba sesiapa, so tiada siapa yg boleh penjarakan kita, lebih2 lagi pemikiran kita. Sebab itulah kita perlu menguasai nafsu dan diri sendiri. Ini seterusnya membawa kepada point yg kedua.

Membezakan pandangan hati vs akal

akal_hati_done

Nilai taraf ilmu bagi Barat adalah melalui logik manakala kita adalah melalui akal DAN iman. Ustaz bercerita bahawa orang kafir/bukan Islam ada bertanyakan serta mempersoalkan berkenaan ‘Dalam Islam mengapa baby yg baru lahir jika meninggal akan terus masuk Syurga sedangkan kita yg hidup ini masih belum pasti akan ganjaran Syurga tersebut? Apa bezanya? Adakah sebab mereka baby? Apa jawapan yg anda akan berikan?” Ustaz bertanya kepada kami. Seorang menjawab ‘Sebab kita ni dilahirkan ibarat kain putih yg bersih. Yg baby tu, kain putih tersebut belum sempat dicorakkan manakala kita yg hidup ni dah ada macam2 corak. Sebab tu la. KOT.’ Tersenyum kami semua. ‘Logik jugak,’ kata Ustaz. ‘Apa jawapan Ustaz?’ kami bertanya. Ustaz menarik nafas dan menjawab sambil tersenyum (terasa macam ayat2 dlm novel plak), ‘Sebab baby masa meninggal takda akal lagi. Still tak boleh fikir, lainlah dengan yg dah besar, dah boleh fikir & buat keputusan. Semua sebab akal. Adalah zalim bagi Allah S.W.T utk terus menghukum seseorang itu yg belum ada akal, belum mampu berfikir samada untuk ke Syurga kah atau ke Neraka. Yg dah besar2, ada akal, boleh fikir, boleh buat keputusan baik buruk, mana boleh bandingkan.’ Haaa.. Saya setuju! Betul lah kan, habis tu macam mana dengan org gila/tak siuman/hilang ingatan dan yg lebih kurang dengannya? Takkan Allah terus nak masukkan diorang dalam Neraka kn? Zalim bukan sifat Allah. Dalam Asma-Ul-Husna yg kita nyanyi tu pun mana ada mention zalim. Sifat Allah ada 99. ZALIM BUKAN SIFAT ALLAH S.W.T. Tuntasnya, jika hati kita bersih, barulah dapat kawal nafsu and diri kita. Tapi jika hati kotor, susah sikit lah nk kawal. Itu bergantung pula kepada iman kita & hidayah Allah. Itulah pentingnya akal dan iman. 🙂

‘Janganlah kita jadi seperti orang munafik. Org munafik ni ialah org yg beriman tapi dia tak buat/amalkan apa yg dia tahu. Golongan jenis ini, mereka mendapat amaran yg besar daripada Allah S.W.T. Kemurkaan Allah berat terhadap mereka,’ nasihat Ustaz kepada kami. Ayat di bawah ini ada menerangkan berkenaan org munafik. Saya sertakan juga ciri-ciri orang munafik sebagai perkongsian. Semoga Allah S.W.T menjauhkan kita daripada sifat2 ini. Huhu. In sha Allah.. *banyak kena berubah and munasabah diri balik ni..* 😦

munafik_done

50 Tanda-tanda Orang Munafik Mengikut Al-Quran Dan As-Sunnah

1. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkah untuk ke majlis kebajikan

2. Lupa Kepada Allah

3. Melalaikan Solat Fardhu
Sengaja melengahkan atau lambat menunaikan solat sehingga berada di akhir atau habis waktunya

4. Mempercepatkan Pergerakan Solat
Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah, maka solatnya tidak diterima Allah. Itulah solat orang yang munafik

5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
Sihat dari segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syarie, tetapi tidak mahu mendatangai masjid ketika mendengar seruan azan

6. Meninggalkan Solat Jumaat

7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT
8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Ma’ruff

9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan umat Islam dan dapat menutup kebenaran
10. Mengamalkan Riak

11. Hasad Dengki

12. Dusta

13. Mungkir janji

14. Bakhil

15. Fitnah
Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Ia juga tergolong dalam sifat-sifar munafik dan dosa-dosa besar

16. Mencaci maki
Menyakiti orang lain dan mencemarkan maruah seseorang itu

17. Mengumpat

18. Mengungkit Pemberian Kepada Orang Yang Menyakiti Hatinya
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela didalam Islam

19. Mengingkari Takdir
Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur dan rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah

20. Mempersendakan Kesucian Agama
Perbuatan mempersenda kesucian dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ia seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah
21. Enggan Berjihad

22. Menghina Sahabat Rasulullah SAW
Perbuatan ini dianggap melanggar larangan baginda, berdosa besar dan termasuk dalam golongan orang munafik

23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar

24. Menangguhkan Pembayaran Hutang

25. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya

26. Ghasab
Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta ( tanah ) orang lain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil cuma sejengkal, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik

27. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al Quran

28. Memakan Harta Anak Yatim

29. Membuka Rahsia Orang Lain

30. Merasa Aman Dari Murka Allah Apabila Berbuat Dosa
Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari murka dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik

31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai

32. Menghalangi Orang Dari Mengamalkan Ajaran Islam

33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang Lain

34. Bermuka Dua
Sikap ini ialah apabila diajak untuk mengikut jalan Allah, sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu. Tetapi, apabila diajak ke jalan yang dimurkai Allah, dengan senang dan cepat mereka menurutnya

35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenar

36. Sombong Antara Sesama Manusia

37. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim

38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani

39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

40. Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah

41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah

42. Mengkhianat Sesuatu Amanah

43. Memutuskan Silaturrahim

44. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin

45. Menghalalkan Yang Haram

46. Membuat Kerosakan Di Muka Bumi

47. Menuduh Orang Beriman
Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perkara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman atau kurang ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan

48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah

49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT

50. Merasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman

Memang tak semua, tapi sikit2 tu ada jugak pada diri kita. ERR. DIRI SAYA. Kena minta ampun kat Allah and cuba berubah kepada yg lebih baik lepas ni. *AZAM*

Ustaz ada bercerita tentang Firaun, Haman (penasihat Firaun) & Qarun (seorang yg kaya raya giler). Tapi post ni pun dh terlalu panjang. Nanti saya ceritakan di waktu yang lain. Dipendekkan apa yg telah kami kongsikan pada usrah kali ini termasuklah berkenaan;

Tanda2 jiwa/hati yang ada masalah

– lupa kepada Allah S.W.T

– ragu2 dan was-was

surah-an-nas2

Haa.. Focus kt ayat no. 4. AL-QANNAS. Pembisik dan Penghasut. AL-QANNAS ni lah selalu yg berada dalam diri kita menurut Ustaz. Macam saya tadi. Saya memang jenis yg akan iron baju/pakaian siap2 untuk seminggu  akan datang. Maksudnya saya pilih siap2 baju mana nk pakai utk pergi kelas minggu depan, pergi usrah, pergi meeting, baju utk presentation dlm kelas dan lain2 lah, then iron terus stok pakaian utk seminggu. Haha. Takyah nk fikir dah nanti. Saya dh iron dh baju utk nak pergi usrah. Then lepas Maghrib tu, saya dh terasa malas nk pergi usrah. Dalam hati bisik “Alah, tak pergi sekali je. Minggu akan datang pergi lah. Lagipun esok ada presentation. Apa bahan pun tak siap lagi nak present. Dah la aku sorang je presenter wakil group aku. Niaya if tak buat betul2. Esok presentation (Rabu), Khamis presentation lagi, Jumaat micro-teaching plak. ALAMAKKK. EH. Tapi usrah kn benda baik. Takkan tak pergi kot. Haishh. Malasnyaaaa…..”

Naaaaahhhhhh, nampak tak kt situ? Mengikut Ustaz, tu la AL-QANNAS. Biasanya niat kita yg pertama tu dah betul dah. Then if datang pemikiran yang kedua, BIASANYA tulah AL-QANNAS. Pembisik dan Penghasut. So, lepas ni if korang nk buat kebaikan ke apa2 yg positive, tapi ragu2, was-was dan sebagainya, ingat, tu semua adalah sebab AL-QANNAS! Hehe. Ia bertiup2 membisikkan dalam hati kita.

Bagaimana menghadapi godaan syaitan

– jangan makan terlampau kenyang

– sentiasa/rajin2kanlah membaca Al-Quran dan berzikir

– jangan tergopoh-gapah dalam melakukan sesuatu

*sebenarnya ada banyak lagi. Boleh google kt internet juga 🙂

Panjang pulak post minggu ni kan. Huhu. Cuak pulak rasanya. Sebenarnya ada lagi tau. Tapi takpe.. Saya bawak ke post minggu yg akan datang ok? HA. OK. Semoga perkongsian ini berguna! Till then

salam new

 

http://jomfaham.blogspot.com/2009/05/apakah-erti-tasawuf.html

http://jalansufi.com/jalan-sufi-Islam-Sufi-jalansufi.com/apa-maksud-ilmu-fiqh

http://akhfa.blogspot.com/2009/01/ungkapan-ahli-tasawuf-dan-ahli-fiqih.html

http://wwwlamanislam.blogspot.com/p/jauhkan-aku-daripada-50-tanda-tanda.html

 
Leave a comment

Posted by on April 2, 2013 in Usrah

 

PEMBUDAYAAN ILMU

Assalamualaikum semua! Apa khabar? Sihat..?

Haa.. Tajuk usrah minggu ni ialah ‘Pembudayaan Ilmu’ oleh Ustaz Faiz. Mula2 dengar tajuk ni, saya agak senang hati memandangkan tajuk harini ialah tajuk perbincangan yg ringan je. Yelah. Pembudayaan ilmu. Biasa la kan.. Kita belajar, dapat ilmu, jadikan ia sebagai budaya kita. Rupanyaaaaaa takkkkkk…. Saya salah! Tajuk pembudayaan ilmu itu ialah suatu tajuk yg berat! Hakikat ini telah menyedarkan saya bahawa betapa saya naif dalam hidup sebagai mahasiswi yg hanya memandang enteng terhadap perkara sebegini. Malah, tidak pernah saya terfikir pun sebelum ini.

Jom saya kongsikan isi perbincangan kami tu. 🙂

Ustaz Faiz memulakan tajuk perbincangan kami dengan menasihatkan kami supaya menjadikan ilmu sebagai landasan di dunia ini. Maksudnya, kita menganut Islam bukan hanya pada nama sahaja malah mempraktikkannya ke dalam kehidupan harian juga. Bukankah dalam ayat pertama yg diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W juga ditekankan mengenai kepentingan membaca?

suroh pertama diturunkan

Perasan tak yg ayat ni diturunkan dengan perintah untuk kita membaca, bukan sujud, solat, puasa, haji dan lain2 ibadat. Kenapa..? Ternyata ia memberi kefahaman kepada kita bahawa pentingnya dan istimewanya amalan membaca itu. Dengan membaca, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan menajamkan tahap pemikiran. Orang yg berilmu akan disegani, dihormati, disayangi & menjadi rujukan atau role model kepada orang lain. Dan pastinya konsep pembudayaan ilmu itu adalah lebih mendalam dan bukan hanya setakat menghadiri kuliah je. Pergi kelas, balik, belajar, dapat ilmu. Takkkk..! Salah tu! Terus ustaz utarakan soalan yg pasti akan membuat anda terkesima. *Saya dah lalui. Hehe*

APA YANG KITA FAHAM TENTANG ILMU..??

APA BEZANYA ANTARA KITA BELAJAR DI SEKOLAH & DI UNIVERSITI..?

APA PULA BEZANYA ANTARA MENJADI PELAJAR & MAHASISWA/I..?

Banyak jawapan yg kami berikan. Macam2 jawapan lah keluar. “Semua tu betul, tapi masih kurang tepat,” kata ustaz. Haiisshhh. Pening kami. Haha. Apa jawapannya..?

Menurut penjelasan ustaz kepada kami, ilmu yg kite belajar kat U ni tidak sempurna atau lebih meluas sifatnya. Maksudnya kita belajar apa yg kita nak, ambil ilmu berdasarkan kemahiran atau bidang kita. Join program, pergi usrah, belajar ilmu macam2 lah. Tapi masa kat sekolah, ilmu kita lebih terbatas. Ilmu tu dah ditetapkan. Skopnya adalah lebih kecil. Kita hanya menurut je apa yg cikgu beritahu seolah2 mind kita ni telah disetkan. Bukanlah nak menyalahkan cikgu2 kita, TAKKKKK, cuma sistem kita yg dah dibentuk macam tu. Sampai ada sesetengah orang, dia hanya join perkara2 yg bagi dirinya penting untuk membawanya kepada kejayaan, kemasyhuran, kebendaan, pangkat, nama, duit dan sebagainya. Betul, benda tu semua penting dalam kehidupan kita dewasa ini, namun adakah ia CONFIRM AKAN MEMEBAWA KITA KE SYURGA ALLAH nanti…? Haaa… Sentap kannn.. Terkena batang hidung saya. Betul jugak. Selama saya hidup dari kecil, kita diajar dengan pertanyaan ‘Besar nanti nk jadi apa?’. ‘Cikgu’. Contoh jelah.. Saya dulu pun cita2 bertukar2. Kejap nak jadi cikgu, kejap arkitek, kejap pensyarah, kejap doktor & macam2 lagi la. Haha. Sekarang dalam kursus TESL. Still tak sure nak jadi apa lepas graduate nanti. So, if nak jadi cikgu, kena belajar pandai2, dapat banyak A, masuk U dan baru boleh jadi cikgu. Nampak tak jalan menuju ke puncak impian tu..? Hanya setakat tu je.. Lepas tu macam mana pulak..? Haaa, itulah persoalannya.

ILMU TU APA SEBENARNYA..?

Pengertian ilmu menurut Syed Naquib Al Attas ada dua. Ini saya ambil dari blog saudara Ibnunazir : http://ibnunazir.wordpress.com/2012/01/27/definisi-ilmu-menurut-syed-muhammad-naquib-al-attas/

1 – Ketibaan makna ilmu itu ke dalam jiwa pencari ilmu

2- Sampainya jiwa seseorang itu kepada makna ilmu

Kedua2 maksud tersebut sama ada yg pertama mahupun yg kedua, ia perlulah membawa kita untuk lebih dekat kepada Allah S.W.T. Contohnya, bagaiman saya yg mengambil ilmu bahasa (English) ini akan membawa saya dekat/kembali kepada Allah S.W.T? Mungkin macam tidak logik. Tapi, cuba renungkan kembali. Dengan ilmu bahasa yg saya ambil ini, saya dapat mengajar ramai orang akan penggunaan Bahasa Inggeris, bagaimana menggunakannya dengan betul, membantu pelancong dalam berkomunikasi dan macam2 lagi. Namun, yg penting, NIAT saya mestilah kerana Allah Ta’ala. Tuntasnya di sini ialah, tak kiralah ilmu apa pun yg kita ambil, NIAT kita mestilah kepada Allah. Itu yg penting. NIAT. Once niat kita betul, In sha Allah, everything pun akan dapat redha Allah dan ganjaran daripada-Nya. Yg paling penting, ia membawa kita untuk dekat kepada Pencipta kita.

Sebab itulah susah untuk kita menilai seseorang itu sama ada berilmu ataupun tidak. Jurangnya terlalu tipis, menurut Ustaz Faiz lagi. Dan kerana itu jugalah, ilmu itu hendaklah sentiasa dicari. Haa.. Top up ilmu pun penting, bukan hanya top up kredit je. Hehe. Peringatan untuk saya jugak ni. Ustaz menasihati kami untuk sentiasa mencari ilmu dan MENCINTAI ILMU. Hal ini membuat saya terfikir. Selalu saya dengar orang cakap macam tu. Tapi macam mana nk cintakan ilmu? Tak faham lah. Tapi, Alhamdulillah. Persoalan saya terjawab. Ustaz bertanya;

USTAZ : Pernah tak awak cintakan seseorang..??

IMRAN : Errmm.. Saya tak pernah ustaz. Tapi setakat suka tu adalah. Sekadar minat je. Hehe

USTAZ : Haa, bila kita cintakan seseorang tu, kita sentiasa nak orang tu ada dengan kita kan..? Nak tengok muka dia selalu, nk dengar suara dia selalu. Ilmu pun macam tu lah. Bila kita cintakan ilmu, kita sentiasa NAK MENCARI ILMU. Kita nk tahu benda yg kita tak belajar, yang kita tak tahu, yg kita pernah dengar tapi tak pasti. Maksudnya, kita sentiasa dahagakan ilmu tu. Macam solat lah jugak. Pernah tak awak rasa sentiasa nk solat..? Ishhh, tak sabar2 nk tunggu waktu Zuhur nk smayang. Then, terasa lama sangat nk tunggu Asar pulak. Pernah tak..?

SEMUA : ……………

Terdiam kami semua. Yelah, sungguh tinggi maksud statement tu. Saya, if lecturer saya cakap exam nanti akan keluar bab 7,8,9 & 10 je sebab lain tak keluar sebab dh buat quiz mengenai topik tu, PASTILAH saya tak baca dah bab2 selain yg nk masuk exam tu. Saya akan fokus kepada bab yg akan masuk exam je. Bagi saya, yelah, buang masa la kira kan. Tapi, itulah sebenarnya yg menunjukkan betapa jauhnya kita dengan konsep ‘Pembudayaan Ilmu’ ni. Orang yang mencintai ilmu akan study jugak bab yang tak masuk exam tu untuk pengetahuan dia. Bukan study bab yang nk masuk exam je. Sentap saya untuk kali yg entah ke berapa. Adoiii.. Terasa kerdil sungguh kami di waktu tu. Sebab tu lah kita kena menggunakan neraca yg betul dalam nk menilai/mengukur tahap ilmu seseorang tu. Tak semestinya semua orang yang pandai bercakap tu adalah orang berilmu. Dan tak semestinya juga orang yg kurang bercakap itu adalah tidak berilmu. Bagaimanapun kita, matlamat akhir kita perlulah sama iaitu  AKHIRAT. Jadi, aim kita tak sepatutnya hanya terhenti setakat di dunia ni je. Perlulah sampai di ‘SANA’ jugak. Cari ilmu & kaitkan dengan matlamat akhir kita iaitu Akhirat. Menurut usraz lagi, orang yg berilmu tinggi darjatnya di sisi Allah. Hurmmm.. *Kena sentiasa berusaha mencari ilmu lah lepas ni*

Tapi tentulah! Ilmu tu adalah pelbagai. Ada yg fakta, ada yg auta. Ada yg bukan fakta, ada yg benar, ada yang tak benar, yg tak sahih dan sebagainya lah. So, kita pun kenalah jadi orang yang bijaksana. Jangan main ikutttt je apa orang cakap. Kan2..? Saya tertarik mendengar cerita ustaz. Kata ustaz;

“Golongan sufi bertaubat kepada Allah bukan sebab mereka melakukan dosa. Namun, mereka/dia bertaubat adalah kerana lupa sesaat kepada Allah. LUPA SESAAT.”

Adoyaii.. Ini membuatkan saya terfikir, di mana tempat & tahap saya sekarang. Iman saya pula di takuk mana..? Hurmm… Sentap lagi.

sujud

Ustaz menambah lagi, if kita nak tuntut ilmu, kita mestilah kena ikut adab2 dalam menuntut ilmu. Kerana apa..? Kerana ilmu itu sifatnya ialah cahaya, So, kita kenalah ikut adab2 yg betul. Biasanya, orang yang berilmu ni tinggi adabnya. Itulah salah satu cara kita nk membezakan antara orang yang berilmu dengan yg tidak berilmu. Banyak je sekarang ni orang yg cemerlang, banyak giler dapat A setiap kali exam, tapi sebenarnya tak berilmu pun. Jadi, kena la sama2 kita fahami konsep ilmu tu sebelum kita nk buat something. Relate kepada matlamat akhir kita iaitu AKHIRAT. Memang realitinya, setiap hari pun kita pasti akan belajar benda2 baru sama ada dengan sedar atau tanpa kita sedari. Sebab tu, kena sentiasa ingat matlamat akhir kita bukan hanya di atas dunia ni je. Sentiasa bersedia untuk menerima teguran dan jangan jadi orang yang bodoh sombong atau tin kosong. Kita hidup di dunia ni ramai2 mencari nikmat dan redha Allah. Terima teguran orang dengan ikhlas, maafkan orang yang telah menegur kita dan ucapkan terima kasih kerana sudi menegur kita. Sesetengah orang buat tak tahu je kita buat salah ke betul, ‘lantak engkau lah’. Kan tak bagus macam tu. Untuk menegur pulak, gunakan cara yg berhikmah.

Sebelum ustaz akhiri usrah kami pada hari ni, ustaz tinggalkan kami dengan satu statement yg pada saya perlu kita selamai dan fahami.

ISLAM atau MUSLIM KITA ADALAH ATAS NAMA ATAU ATAS AMANAH?

Bukan fakulti/course/pekerjaan kita yg memerlukan kita untuk berdakwah & berkongsi ilmu, mencari serta membawa kebaikan kepada orang lain. Namun, atas nama agama, kita perlu melakukan amar makruf nahi mungkar.

Renung2 kan. Till then, Assalamualaikum. 🙂

 
Leave a comment

Posted by on March 26, 2013 in Usrah

 

NIKMATNYA BERADA DALAM AGAMA ALLAH

Salaam

Alhamdulillah.. Akhirnya, dapat jugak saya post something yang saya sangat2 teringin nk share selama ni. Hehe. Alaa.. Maksud saya, ilmu berpesan-pesan.. Kita masing2 perlu berpesan2 untuk sesama menuju ke jalan yang Allah redhai. Betul x..?? Seperti dalam Surah Al-Asr : 1-3

images (13)

In sha Allah.. Saya akan tetap berkongsi apa yang boleh dikongsikan bersama. Apa yang saya buat, module yang saya hasilkan, pengalaman saya ikut program, haa, pape lah yang boleh kita share. 🙂

Saya join Usrah Fpend (Fakulti Pendidikan), of course la, dah saya ambil kursus TESL dan tajuk usrah malam ni ialah ‘Saya Mesti Menguasai Diri’. Mengikut Ustaz Mad *ustaz yg bagi ceramah tu*, beliau menerangkan akan kenapa kita perlu menguasai diri? Hurmm… Agak2 korang kenapa..? Sebabnya… Ada 3 jenis iman yg kita perlu tahu.

1- Maksum :

Iman yg makin bertambah2. Haa.. Yg ni hanya untuk golongan Nabi & para Rasul je.

2- Iman yg mendatar :

Maksudnya iman tu tak bertambah & tak berkurang. Yg ni plak hanya golongan malaikat. Betul la kan.. Iman malaikat hanya tetap pada Allah. Tak berkurang dan tak bertambah. Static.

3- Boleh melawan nafsu :

OK! Yg ni baru golongan manusia, hamba Allah macam kita ni. Iman kita boleh bertambah & boleh jugak berkurang. Kita mampu melawan nafsu dan bisikan syaitan. Namun, if kita gagal, maka boleh berkurang la iman kita. So, rajin2 la topup ibadah! 🙂 *peringatan utk diri sendiri jugak ni

Ustaz jugak ada cakap bahawa Allah S.W.T sangat pemaaf terhadap hambanya. Allah sentiasa memberi maaf kepada kita DENGAN SYARAT kita perlu minta. Pada pandangan saya, kenapa kita malu nk minta kt Allah tapi slumber je mintak duit kt parents, pinjam barang member, bayar duit mahal2 pergi jumpa kaunselor. EH. Bukan tak boleh, tapi kan lebih elok kita minta & mengadu kt Allah dulu. Allah Maha Mendengar, Maha Memakbulkan Doa, Maha Pengasih & Maha Penyayang. Bahkan Allah tahu setiap perlakuan kita sama ada yg tersirat mahupun tersurat. So, nk malu apa lagi..? Jom sama2 upgrade ibadah & berdoa kepada Allah. HAA! Sebut pasal doa, ni saya share something tentang amalan DOA.

images (14)

methods

adab_berdoa

Waktu yg mustajab untuk berdoa pula termasuklah :

  • Hari Jumaat & malamnya
  • Bulan Ramadhan
  • Waktu bangun pagi bersahur
  • 1/3 malam (waktu bangun di tengah malam)
  • Di dalam sujud yg akhir ketika solat
  • Ketika hendak mendirikan solat
  • Di antara 2 khutbah pada hari Jumaat
  • Ketika di dalam kesusahan, kerunsingan & teraniaya
  • Waktu yg sunyi dan tenang
  • Ketika hujan
  • Selepas tahiyat akhir, sebelum bagi salam (doa ringkas di dalam hati)

Haa… Lagii… Kalau tengah marah ke, geram ke, sakit hati ke, or pape la kat someone, lebih baik kita memberi nasihat kepada orang tu. Jangan membebel. Ustaz tanya : APA BEZA NASIHAT DENGAN MEMBEBEL?? Sebenarnya, nasihat tu ialah kita memberi sesuatu yg bermanfaat. So, dia pendek je sebab kita hanya bagi main point. Berbeza dengan membebel sebab kita akan panjangkan ayat tu then baru ada main point. Contohnya :

Nasihat : Adik, pergi mandi, dah nk Zuhur ni.

Bebel : Apa adik ni tak mandi2 dari tadi? Dah nk Zuhur ni, buat lambat2 pulak. Kang mak marah baru tahu.

Haaa… Macam tu la lebih kurangnya. Then bila dah nasihat ataupun orang nasihatkan kita, MAAFKAN la orang tu, Betul. Memberi maaf bukannya mudah. Tambah2 pulak bila hati dah lama panas membara, memang susah nk maafkan. Selalu je kita dengar orang cakap camni;

A : Maafkan jela dia. Tak baik musuh lama2.

B : Tak boleh la. Dah cuba. Geram betul aku.

A : Ala.. Sedangkan Nabi maafkan umat. Maaf je.

B : Tu Nabi. Aku bukan Nabi.

A : ………..

Betul la tu. Kita bukan Nabi. Tapi, cuba fikir2 balik ayat kat bawah ni. KITA NI KUAT KE LEMAH? Nak jadi yg mana..? Apa salahnya kita ikhlaskan hati, bagi maaf. Susah. Payah. Tapi tak mustahil. Berdoa kepada Allah adalah jalan yg terbaik. 🙂

download (1)

Kalau kita tak mampu nak memaafkan seseorang, sebenarnya kita tergolong dalam kumpulan YANG KALAH DENGAN NAFSU. Shame of us. Don’t you..? Gunakanlah perkataan2 yang positif sebab secara tak langsung ini turut mem’positif’kan diri kita. *err.. ada ke perkataan “mem’positif’kan” tu..? huhu. teruk BM saya 😦

Contohnya, bila kawan kita datang & kita perasan dia pakai baju baru, tegur la. ‘Eh, lawa baju kau. Baju baru eh?’ Walaupun nampak simple, trust me! It does affect the person’s mood for the whole day. Apa salahnya kita puji orang? Kalau kita pun, kita suka kena puji. Tapi jangan lah sampai berlebih-lebihan. Ala kadar jela. Macam yg Islam anjurkan. Besederhana adalah lebih baik. So, lepas ni, cuba2 la tegur & puji kawan2 kita atas kebaikan dia. Niat ikhlas, in sha Allah, Allah balas. 🙂

Sebelum saya akhiri post ni, ustaz ada sebut satu ungkapan Za’ba yg menurut ustaz merupakan ungkapan kegemarannya. Lebih kurangnya macam ni lah. Kalau salah, betulkan saya.

‘Banyak nilai2 Islam yang diamalkan oleh orang bukan Islam, tapi ramai orang Islam sendiri meninggalkan nilai2 tersebut.’

Hurmm… Renung-renung kan..

Salam.

 
Leave a comment

Posted by on March 19, 2013 in Usrah